بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, Most Gracious, Most Merciful"

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud
"bacalah..."

Wednesday, January 28, 2009

15 Seksaan meringan dan melalaikan solat lima waktu

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan
bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud
"bacalah..."


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan
solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib
menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam,
tetapi tidak pernah mengerjakan solat.

Malah, ada yang mengatakan
haram menyembahyangkan individu berkenaan.
Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti
sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu
yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah
dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya,
tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah
pada hari kiamat!!!

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"
Jawab Baginda:
1) Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup
mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).

2) Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun
kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).

3) Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

4) Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi
batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).

5) Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.

6) Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW
bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada
golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada
faedah sedekah, puasa dan syahadatnya. "

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan
yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"
Jawab Baginda:
7) Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar
dan tidak ada belas kasihan.

8) Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi
nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana
sakit ketika roh akan keluar.

9) Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua
lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya
ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam
kuburnya?"
Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah
kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya
hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah
hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang
matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan
membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku
disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh
hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan
dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat
dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa
ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi
dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan
orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang
malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher
orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan
dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.
"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang
meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta
dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak
akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak
menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan
mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke
dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).


0 comments:

Post a Comment


Template by:
Free Blog Templates