بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, Most Gracious, Most Merciful"

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud
"bacalah..."

Wednesday, January 28, 2009

Balasan Meninggalkan Solat!!!

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud
"bacalah..."


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam
masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda
pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut
orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,
maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu
telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang
muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu
pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan
para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W
pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah
dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang
hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk
membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu
Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku?
Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari
kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya :
1- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk
sembahyang berjamaah.

2- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan
solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib
menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam,
tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan
haram menyembahyangkan individu berkenaan.


0 comments:

Post a Comment


Template by:
Free Blog Templates