بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of God, Most Gracious, Most Merciful"

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud
"bacalah..."

Wednesday, January 28, 2009

Manusia yang mengerjakan solat terbahagi kepada lima golongan

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan
bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud
"bacalah..."

Manusia yang mengerjakan solat terbahagi kepada lima golongan iaitu:

i. Golongan orang yang zalim terhadap dirinya sendiri dan lalai iaitu orang
yang tidak menyempurnakan wuduknya, waktu pelaksanaan solatnya,
batasan dan rukun.

ii. Orang yang menjaga waktu, batasan dan rukun solat serta
menyempurnakan wuduk secara umum, namun semua itu tidak memberi
makna apa-apa dalam jiwanya sebab dia dipengaruhi gangguan sehingga
dia mengenepikan segala gangguan dan fikiran itu.

iii. Orang yang selalu menjaga batasan dan rukun solat. Dia berusaha di
dalam dirinya untuk menolak segala gangguan dan godaan. Dia
bersungguh-sungguh melawan musuhnya supaya tidak mencuri solatnya.
Dia pun selalu solat dengan melawan godaan itu.

iv. Seseorang yang selalu melaksanakan solat dengan memulakan semua
hak, rukun dan batasan solat. Seluruh hatinya tertumpu untuk selalu
menjaga batasan dan hak dalam solat supaya tidak ada satu bahagian pun
yang disia-siakan, bahkan seluruh tumpuannya hanya untuk menegakkan
solat, menyempurnakan dan melengkapinya. Seluruh hatinya hanya untuk
solat dan beribadah kepada Tuhan al-Rabb s.w.t.

v. Orang yang melaksanakan solat seperti golongan keempat. Namun, di
samping itu, dia mengambil dan meletakkan hatinya di hadapan Rabb
Azza wa Jalla yang selalu melihat hati dan mengawasinya, seakan-akan
dia melihat dan menyaksikan-Nya. Sesungguhnya, godaan dan bahaya
sudah surut daripadanya sementara kecintaan terhadap Tuhannya
semakin meningkat.

Inilah perbezaan antara dirinya dengan orang yang lalai, seperti
perbezaan antara langit dan bumi.
Inilah orang yang telah ‘ditakluki’ oleh solat untuk Rabbnya.
Sesungguhnya, golongan pertama akan mendapat seksa, golongan kedua
akan dihisab, golongan ketiga mendapat keampunan, golongan keempat
mendapat pahala dan golongan kelima didekatkan Allah s.w.t.

Ulama berpesan untuk kita jadikan pegangan dan renungan iaitu sesiapa
meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya
sendiri bagi lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang
perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan
solat Maghrib?

Sesiapa yang meninggalkan solat Isyak, Allah tidak reda ia hidup di
bumi-Nya.
Ini bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat perlindungan-Nya di
dunia ini. Lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Sesiapa meninggalkan solat Subuh pula, dia akan diseksa selama enam
puluh tahun (waktu akhirat) dalam neraka.
Perlu kita ingat, azab paling ringan adalah seperti mana azab yang
dikenakan terhadap Abu Talib, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w yang
mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke
otaknya.

Selama ini kita hanya dapat bayangkan bagaimana air mendidih.
Mereka yang meninggalkan solat Zuhur diibaratkan seperti meruntuhkan
Kaabah. Kalau begitu, sepanjang hidup kita ini tak payahlah beranganangan
untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah.

Meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1,000 orang
Islam.

Firman Allah s.w.t bermaksud: “Hai orang beriman! Janganlah
kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anakmu daripada mengingati
Allah (sembahyang lima waktu). Sesiapa yang memperbuat demikian itu,
maka mereka orang yang rugi”. (Surah Al-Munaafiquun: Ayat 9)
Dalam ayat yang lain Allah berfirman bermaksud: “Allah tiada akan
memberi tempoh kepada seseorang apabila sudah sampai ajalnya. Allah
Maha Mengetahui mengenai apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-
Munaafiqun: Ayat 11).


0 comments:

Post a Comment


Template by:
Free Blog Templates